Tim Seroja Media

Kami bermula Disember 2019. Tim kami masih kecil, tapi kami bercita-cita besar. Wawasan 2020 nak membantu usahawan lain mendigitalkan bisnes mereka dengan efektif dan kos efisien.

Azree Hanifiah

Merupakan orang belakang tabir. Bertanggungjawab menguruskan segala hal berkaitan strategi pemasaran.

Beliau berpengalaman dalam bidang penerbitan digital, dan pernah menguruskan lebih 1,000 judul ebook dalam tempoh 3 tahun sahaja.

 

Zulhafiy Zolkipli

Merupakan orang yang bertanggungjawab berurusan dengan klien.

Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran selama lebih 10 tahun. Suka buat jualan tapi kurang suka menulis ayat copywriting. Seorang optimis yang realis. Hidup untuk memberi nilai. Nak sembang, ajak kopi.

 

Aidilfitri Awaludin

Merupakan orang belakang tabir.

Bertanggungjawab dengan segala hal teknikal.
Beliau mempunyai pengalaman dalam pemasaran carian enjin (search engine optimization). Suka menulis artikel. Suka memberi nilai pada orang lain. Nak sembang, ajak kopi.