Cara Mudah Nak Setel Kalau Copywriting Tak Siap-Siap!

Oleh :

Aidil Fitri

“Cikgu yang ini ajar begini. Cikgu itu ajar begitu.”

“Banyak sangat rules kena follow, akhirnya tak siap-siap.”

Tulis iklan jualan (copywriting) ini ada banyak guru. Ada banyak aliran.

Nak bagi anda sedap hati, tak ada satu lebih power berbanding aliran lain.

Faham kenapa tulis iklan

Paling penting adalah kita faham tujuan utama nak tulis iklan itu.

Iklan ini ditulis untuk apa?

Kalau untuk jual, nak jual apa?

Kalau tulis untuk tarik leads, apa umpannya?

Jadi, inilah formula tulis copywriting

Kita tulis copywriting untuk buatkan orang membeli.

Kita tulis copywriting supaya orang tahu kenapa dia perlu dapatkan produk kita.

Kita tulis copywriting supaya mereka nampak nilai yang mereka dapat bila guna produk kita.

Kalau dengan ayat pendek dah buatkan mereka membeli, gunalah ayat pendek.

Kalau dah guna ayat pendek, tapi peratusan membeli tak ramai pun, buat satu lagi sales page guna ayat panjang.

Apa susah? Tak perlu gaduh guru mana lebih betul.

Apa perlu saya buat sekarang?

Copywriting bukan benda statik.

Statik ini contohnya kita tulis dan rasa dah cukup hebat ayat kita itu. Berbulan-bulan kita guna ayat sama sahaja.

Tak salah.

Tapi yang salah kalau kita syok sendiri, rasa ayat iklan jualan kita cukup rencah. Tapi peratusan pembeli tak tinggi pun.

Atau mungkin situasinya minggu pertama tinggi, masuk minggu kedua dan seterusnya, menurun.

Tapi kita degil tak nak tukar.

Copywriting sentiasa boleh ditambah baik.

Biasanya saya bahagikan kerja tulis iklan ini kepada tiga fasa.

Fasa 1 – Brainstorm

Campak sahaja apa juga yang ada dalam kepala otak. Kemudian susun dan publish!

Ya, fasa awal ini biarkan tak sedap mana pun iklan tersebut, publish terus!

Kita mahukan kerja siap sahaja.

Paling penting nampak bentuk walaupun tak cantik.

Tapi jangan lama sangat untuk masuk fasa 2.

Fasa 2 – Perbaiki

Rujuk mana-mana tip yang guru copywriting ajar dan tambah baik iklan jualan kita.

Ya, mana-mana guru pun boleh.

Sebab semua tujuannya adalah untuk sedapkan iklan kita supaya orang membeli.

Fasa 3 – Tengok performance iklan dan ulang fasa 2

Tengok iklan tak perform, cuba ulang balik fasa 2.

Dengan cara ini barulah kita tidak hanya bergantung kepada satu iklan sahaja.

Kita terpaksa buat banyak iklan jualan.

Masih keliru bangunkan website sendiri?

Artikel Lain

Apa itu website navigation?

Bila sembang dengan staf mengenai website navigation, mereka akan sebut pasal menu. Ya, menu yang biasa ada di atas sekali