Pareto Rule, Usaha Sedikit Bagi Hasil Majoriti

Oleh :

husni

Apa itu Pareto Rule?

“Pareto Rule” atau “80/20 Rule” ialah satu prinsip di mana, 80 peratus hasil datang daripada 20 peratus usaha keseluruhan. Senang faham, 20 peratus di sini ialah fundamental atau tonggak utama suatu perkara.

Dengan kita menguasai fundamental atau tongak suatu perkara, kita sudah peroleh sebagian hasil keseluruhan. Menarik bukan, tak sangka kita ada prinsip yang tak adil ini. Siapa yang dapat kuasai ia, senang hidup.

Nak pakai di mana “Pareto Rule” nih?

Banyak tempat kita boleh pakai prinsip ajaib yang tak seimbang ini dalam kehidupan kita. Contoh dalam urusan pekerjaan seharian kita.

Mari saya kongsi satu cerita salah seorang pelanggan kami, bagaimana saya boleh terapkan “Pareto Rule” dalam projek website mereka.

Kami mula mendapat tugasan untuk menyiapkan website rimaurights.com daripada “scratch” bagi Rimau Rights Literary Agency. Cabaran utama nak siapkan projek kali ini ialah masa yang terhad.

Kurang daripada sebulan, mereka bakal launch website ini 😨. Sedangkan banyak perkara yang perlu difikiran daripada content, media, rights dan sebagainya. Ditambah lagi dengan gerak kerja kami yang lebih terarah dalam bentuk “Agile Methodology“.

Jadi macam nak siapkan projek ini, mengeluh saja tak datangkan hasil apa-apa juga kan.

Disini kita boleh amal prinsip 80/20. Untuk peringkat awal, saya hanya perlu fokus pada 20 peratus bahagian yang paling penting bagi sebuah website syarikat penerbitan.

Keperluan utama mereka ialah seperti:

  • Laman utama
  • Sistem katalog buku (sebahagian)
  • Borang

Soal seperti profile diri, link social media team boleh ditambah bila sudah ada.

“Pareto Rule” mengajar kita untuk bertindak bijak apabila dalam keadaan sumber yang terhad. Apa yang paling penting ialah kita mampu maksimumkan hasil walaupun dengan sumber yang sedikit.

Masih keliru bangunkan website sendiri?

Artikel Lain

Apa itu website navigation?

Bila sembang dengan staf mengenai website navigation, mereka akan sebut pasal menu. Ya, menu yang biasa ada di atas sekali