Guna Soalan Dalam Headline Iklan Jualan

Oleh :

Aidil Fitri

Ramai suka gunakan soalan dalam headline iklan jualan (copywriting).

Bila kita gunakan soalan, ia seperti kita membuatkan pembaca menyoal diri mereka juga.

Contoh soalan dalam sales page
Contoh soalan dalam sales page masukgua.my

Cara Selamat Guna Soalan Dalam Headline

Ini bukan cara paling betul, tapi saya nak kongsi cara selamat.

Kerja ‘letak soalan’ ini nampak macam senang, tetapi pastikan anda pilih soalan yang betul.

Kena ingat fungsi iklan jualan ada dua:

  1. Membuatkan pembaca faham nilai produk yang kita jual.
  2. Tapis (filter) pembaca -> pembeli.

Jadi kita karang iklan jualan dari atas sampai bawah itu sebenarnya nak tapis mereka yang betul-betul layak untuk beli produk kita.

Kita nak kurangkan jenis customer yang beli, lepas itu minta refund.

Ini langkah-langkah tulis iklan jualan yang saya amalkan.

Fasa pertama, masukkan sahaja apa sahaja yang soalan terfikir dalam kepala.

Fasa pertama ini fasa kita brainstorm, jadi campak sahaja semua ramuan yang ada.

“Bakal pembeli akan tanya apa lagi ya?”

Fikir dan campak.

Fasa kedua, pilih dan perbaiki soalan supaya tidak memakan diri kita semula.

Mana-mana soalan yang kita rasa boleh ditukar kepada ayat bukan soalan.

“Macam mana soalan yang memakan diri peniaga?”

Kita bertanya soalan yang salah.

Tip paling penting dalam jika mahu masukkan soalan dalam Headline iklan jualan adalah pastikan pembaca hanya boleh jawab “Ya.” sahaja.

Ingat tujuan iklan jualan. Kita nak tapis daripada ramai pembaca itu, kita nak cari pembeli.

Kita yang bertanggungjawab mengawal tingkah laku pembaca kita dengan kata-kata yang dipilih.

Contoh soalan yang tidak perlu dijawab dengan ‘Ya’

“Adakah anda bersedia untuk tahu plan kami yang lebih berbaloi?”

(Saya cuma nak tengok plan paling murah sahaja)

“Adakah anda mahu kami siapkan website anda?”

(Nak buat apa saya bagi korang siapkan website)

Contoh soalan yang dijawab dengan ‘Ya’

Gantikan dengan soalan yang lebih konkrit.

“Adakah anda mahu naikkan jualan?”

(Usahawan mana yang tak mahu naikkan jualan kan kan kan. Jadi jawapannya, “Ya”)

“Mahu kelihatan cantik dan bergaya di masjlis istimewa?”

(Terpaksa jawab “Ya”)

Bukankah soalan itu boleh dijawab ‘Tidak’ Juga

Ya, betul.

Mesti ada website visitor yang baca soalan dan jawab, “Taklah” atau “Tak naklah”.

Itulah fungsinya tapis (filter).

Kita hanya mahu yang betul-betul pembeli yang boleh kita selesaikan masalah mereka dengan produk atau servis kita sahaja.

Sebab itu juga dalam iklan jualan untuk sales page, kurangkan guna SOALAN dalam headline.

Kalau soalan itu boleh tukar kepada ayat yang lagi sedap, kita tukar.

Kalau soalan itu kita boleh tukar kepada soalan yang menjurus kepada jawapan ‘Ya’, kita tukar.

Masih keliru bangunkan website sendiri?

Artikel Lain

Apa itu website navigation?

Bila sembang dengan staf mengenai website navigation, mereka akan sebut pasal menu. Ya, menu yang biasa ada di atas sekali