“Tuan, saya kena buat iklan di Facebook Ads atau Google Ads?”

Memandangkan ramai yang tanya soalan begini, terpaksa saya tulis satu artikel untuk soalan yang tak patut ditanya.

Kenapa tak patut ditanya?

Memang tak dinafikan ramai orang sukakan artikel siapa lagi bagus? Google atau Facebook?

Maka keluarlah artikel menilai kejayaan founder Facebook dan juga founder Google.

Tetapi dalam soal advertising atau pengiklanan, soalan begini jangan ditanya. Kenapa?

Dah dua kali saya letak soalan kenapa.

Behavior pelanggan kedua-duanya berbeza, dan cara mereka caj kita bagi mengiklan pun berbeza. Nanti saya cerita panjang lebar di bawah.

Kita sebagai orang bisnes, guna sahajalah kedua-dua sekali.

Kenapa orang masuk Facebook atau Instagram?

Orang masuk facebook untuk:

  1. bersosial
  2. baca update kawan-kawan
  3. bergosip isu semasa

Jadi perangai mereka adalah scroll sepanjang hari tengok isu apa yang terkini di Facebook atau gambar cantik apa ada di Instagram.

Fahamkan behavior ‘scroll’ ini.

Apa mereka buat kalau nampak iklan facebook?

Kalau iklan itu menangkap mata dan sanubari jiwa mereka, mereka berhenti dan baca.

Seterusnya jika ayat iklan itu sedap, mungkin mereka akan klik.

Andai kata iklan itu tidak dapat menangkap mata mereka, mereka terus scroll sahaja.

Saya suka analogikan behavior pengguna facebook bila nampak iklan ini sama macam kalau kita masuk ke dalam kereta, tiba-tiba nampak ada flyer/poster diletakkan di cermin kereta.

Kita pun ambil, kalau tak berkaitan interest kita, kita buang dan abaikan.

Kalau berkaitan dengan minat kita, kita simpan dulu.

Kadang-kadang simpan sampai terlupa pun ada flyer itu dalam kereta.

Kelebihan dengan Facebook, kita boleh set berapa kali flyer itu akan muncul di bakal pelanggan.

Kenapa orang guna Google?

Google ada banyak tempat mengiklan seperti Youtube dan website/blog lain yang diletakkan iklan Google.

Dalam artikel saya nak sentuh part carian dalam Google sahaja atau kita namakan SERP (Search Engine Result Page).

SEO Malaysia Apa Itu SERP

Kenapa anda buat carian di Google?

Nak cari maklumat.

Biasanya kita guna Google bila kita berhadapan dengan situasi atau ada masalah nak diselesaikan atau kita nak cari tawaran (offer) menarik.

Contohnya kita mahu cari medical card.

Kita pun buka Google dan taip ‘medical card’ tambah dengan di belakang nama company takaful itu contohnya ‘AIA’.

Apa yang keluar dalam SERP, itulah yang kita akan klik.

Maka keluarlah di carian Google (SERP).

Jika anda nampak ada saya higlight merah ada tulis ‘Ad’. Itu adalah contoh iklan yang keluar jika anda pilih keyword ‘Medical card AIA’ bila mengiklan dengan Google.

Sekarang cuba faham behavior orang masuk Google.

Mereka ada masalah.

Orang yang ada masalah ini bila jumpa solusi, senanglah kita nak jual kepada mereka.

Katalah anda sedang beriadah panjat gunung, air pula sudah habis.

Andai kata ada orang jual air mineral atas gunung itu RM10 pun anda akan beli jika dalam poket anda ada duit bernilai itu.

Soalannya untuk bisnes anda, anda tahu tak keyword apa yang pelanggan cari di Google yang berkaitan dengan produk/servis anda?”

Apa beza Facebook Ads dan Google Ads?

Facebook pasti akan caj bagi setiap reach yang lihat iklan anda.

Google pula caj bagi setiap klik yang masuk ke website anda.

Ya, Facebook pun ada caj per klik. Tapi kalau takdak klik pun, mereka akan caj bagi setiap mata yang tengok iklan anda.

“Saya patut guna mana satu?”

Bukan semua produk atau servis banyak carian di Google, terutamanya di Malaysia.

Contohnya produk yang sangat hipster atau niche, hasil carian kurang 10 setiap bulan.

Lebih baik fokuskan lebih bajet kepada Facebook Ads.

Facebook atau Instagram ini sesuai untuk produk yang buatkan orang tengok iklan, tetiba rasa nak beli.

Padahal bukan keperluan pun. Tiba-tiba rasa macam memerlukan.

Tengah scroll Instagram, tiba-tiba nampak iklan tudung. Tiba-tiba terbeli.

Dan Facebook dan Instagram ini sesuai untuk engagement dengan pelanggan atau follower.

Google pula sesuai untuk produk seperti servis atau benda yang boleh selesaikan masalah orang.

Dapat sesuatu daripada artikel ini? Jangan lupa share!

Kongsikan artikel ini dengan rakan lain

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Artikel Lain Yang mungkin menarik minat anda

Hari Ini Kita Uji Teknologi VR Untuk Hartanah

Seminggu dua ini kami sibuk menguji satu solusi khas buat usahawan dan juga REN (perunding hartanah berdaftar). Musim PKP ini pelanggan takut hendak viewing rumah