Brutalism Design – Design Yang Ganas?

Oleh :

husni

Sepanjang pemerhatian saya mengenai design pada masa kini, saya mendapati “brutalism design” mula mendapat
tempat dalam web design.

Apa sebenarnya “Brutalism Design” ?

“Brutalism Design” ialah suatu design yang secara sengaja direka secara cacar merba/ kelihatan mentah dan diluar norma design biasa yang kita lihat.

Selalunya design ini membawa semangat rekaan website pada awal kemunculan teknologi ini, iaitu sekitar tahun 90-an.

Seingat saya, pertama kali saya melihat design sebegini ialah di website Figma / Curve. Sangat janggal dan di luar kebiasaan apabila kita cuba berinteraksi dengan design sebegini buat pertama kali.

Website Figma

Apa pula “Antidesign”

“Antidesign” sama seperti “Brutalism Design” namun hadir dengan design yang lebih mengarut, cacar merba, berserabut.

Kalau kita tengok antidesign, boleh buat makin serabut jadinya. Bak kata anak jaman now ‘art berat’.

https://miro.medium.com/max/700/1*h8fDs4pfrdxWySGlrlPyzQ.png
Karya Antidesign oleh  Arkhi Muttaqin
https://miro.medium.com/max/564/0*DXaMMhHma1jJGnmM.jpg
Karya Antidesign oleh v-o-i-d

Kenapa ada yang buat website dengan design sebegini?

Jawapan pendek, kerana mereka mampu.

Jawapan panjang, gaya design sebegini kena dengan pembawaan jenama, syarikat atau individu tersebut. Yang mana mereka mahu seperti kelihatan kreatif, abstrak dan lucu.

Ya, tak semua website sesuai menggunakan pendekatan design sebegini, hanya sebahagian kecil sahaja.

Bagaimana kita mengenal pasti suatu website itu menggunakan brutal design?

Disini saya menyenaraikan tujuh tanda suatu website itu membawa pendekatan “brutalism design” atau “antidesign” dalam rekaan website mereka.

  1. Penggunaan efect hover yang melampau.
  2. Font Sistem
  3. Mengguakan warna web safe
  4. Hero Typography
  5. Micro-interaction
  6. Penggunaan ikon budaya Pop
  7. Penggunaan gambar yang pelik dan tidak kena pada tempatnya – contoh

Ok ker tak “brutalism design” ini?

https://assets.awwwards.com/awards/external/2017/08/599584d2dca86.jpg
Breaking the grid Di Typography in Web Design

Pandangan saya, ok selagi mana ia tidak melampau. Buat design itu berpada-pada, bukan mencari sempurna sampaikan satu landing pun diambil masa setengah tahun nak siap.

Kita juga bukan mencari design yang buat pelanggan kita makin pening bila dilihat.

Nak bawa unsur kreatif melalui “brutalism design” ini ok jer, contohnya Figma. Memang sampai mesej kreatif dan “funky” yang cuba dibawa.

Namun masih tetap mengekalkan fitur-fitur yang biasa ditemui pada website lain di sesetengah bahagian website.

Paling penting, design kita mencapai matlamat bagi target pengguna kita.

Masih keliru bangunkan website sendiri?

Artikel Lain

Apa itu website navigation?

Bila sembang dengan staf mengenai website navigation, mereka akan sebut pasal menu. Ya, menu yang biasa ada di atas sekali