Bagaimana Memilih Nama Domain Untuk Website Bisnes Anda

Oleh :

Aidil Fitri

Ini tip bagi bisnes kecil. Bagi bisnes besar, suka hati mahu pilih domain macam mana.

Sebab bisnes kecil, modal untuk buat brand awareness itu juga kecil. Kalau bisnes besar, mereka boleh beli airtime tv atau pasang iklan billboard beritahu nama domain mereka.

Domain ini kita boleh umpamakan seperti signboard kedai.

Cuba pergi kedai makan, dengan mudahnya kita tahu itu kedai makan apa bila mereka tulis ‘Azizah Tom Yam’ atau ‘Mamak Maju’.

Begitu juga dengan nama domain.

Mari kita buat sedikit latihan. Kami berikan satu situasi mudah:

Farhana mempunyai bisnes menjual tudung. Dia sudah memulakan bisnes sejak tahun 2007 lagi. Kini dia mahu membina ecommerce dan sudah tentu dia sedang pening kepala mahu memilih nama domain.

Apa nama domain yang anda rasa sesuai untuk Farhana?

  1. TudungFarhana.com
  2. Farhana2007.com
  3. FarhanaMehBeli.com

Nama domain yang bagus mestilah apabila disebut dengan mulut, orang terus tahu apa bisnes website tersebut.

Elakkan daripada terpaksa guna hyphens.

Apa benda hyphens ini?

Contoh media-kini.com atau seroja-media.com.

Guna nama umum

Cuba pergi ke Kajang. Area Sg Ramal.

Di situ ada dua port makan yang sedap. Pertama, Food Valet. Kedua, Medan Selera.

Sekiranya anda tiada idea mahu beri nama domain apa. Cuba buat carian guna nama umum begini.

Contoh yang guna nama begini adalah fashionvalet.com.

Sudah ada nama brand sendiri

Sekiranya sudah ada nama brand sendiri atau nama syarikat yang baru sahaja daftar di SSM, boleh juga gunakan nama syarikat anda.

Cuma tugas besar adalah develop brand awareness untuk nama tersebut.

Cara ini sesuai bagi yang brand sudah kuat atau ada banyak duit untuk buat iklan.

Contohnya Maybank2u.com (letak nombor pun orang boleh ingat sebab duit dia banyak).

TLD

Apa benda TLD ini? Top Level Domain.

Tempoh hari saya dengar radio Era, mereka gunakan nama domain era.je.

Dot JE.

Ini yang kita panggil TLD.

Ada banyak TLD lain di dunia ini. Cuma berbalik kepada isu pertama, berapa banyak duit kita mahu labur untuk buat brand awareness promote nama domain.

Tuan boleh pilih mahu guna dot my, dot com dot my atau dot com.

Saya lebih galakkan sekiranya nama domain anda itu ada pada dot com, beli yang dot com dahulu. Elakkan beli guna TLD yang lain.

Sekiranya anda mahu beli untuk organisasi, boleh guna dot org. Jika untuk sekolah atau pendidikan, cuba beli dot edu.

Cuma biasanya kalau dot edu ini, mereka akan minta sijil atau sebarang pengesahan yang menunjukkan anda merupakan sebuah institusi pendidikan.

Berapa harga domain?

Ada banyak tempat anda boleh beli nama domain bagi perniagaan anda.

Sekiranya mahu beli domain melalui syarikat di Malaysia, boleh beli di GBNetwork. Kemudian klik pilihan Domain.

Jika di Malaysia, harga domain .com adalah sekitar RM45 sehingga RM60 setahun.

Jika domain .my atau .com.my, harganya sekitar RM80 sehingga RM120 setahun.

Ya, anda melanggan domain untuk setahun. Tidaklah mahal kan?

Katakanlah anda beli nama domain namasendiri.my berharga RM120. Cuba bahagi dengan jumlah bulan, RM120/12 = RM10 sebulan sahaja.

Masih keliru bangunkan website sendiri?

Artikel Lain

Apa itu website navigation?

Bila sembang dengan staf mengenai website navigation, mereka akan sebut pasal menu. Ya, menu yang biasa ada di atas sekali