Bagaimana Inovasi F1 Mengubah Dunia

Oleh :

husni

Siapa tidak tahu tentang F1, perlumbaan kereta yang cukup mengujakan. Dengan reka bentuk yang cukup aerodinamik dan mampu memecah kelajuan sehingga hampir 400km per jam. Pasti akan meningkatkan adrenaline yang berada di litar lumba sewaktu perlumbaan F1.

Namun jangan tertipu, di sebalik deruman enjin dan ruang pemandu F1 yang sempit itu. Adanya teknologi dan amalan terbaik yang mampu diaplikasi di dunia luar litar. Ini lima perkara F1 mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik.

1. Hospital

Pada tahun 2016, pasukan F1 William, yang merupakan pasukan terpantas dalam proses penukaran tayar pada musim itu. Telah membantu Hospital di Wales dalam pengurusan hospital yang lebih efektif.

Melalui perkongsian mereka, pihak hospital telah memperoleh tiga input:

  • Meringkaskan peralatan troli
  • Menambah baik gerak kerja pasukan
  • Mengubah susun atur bilik bersalin

Malah pada tahun pada pertengahan 90-an, pasukan F1 Ferari juga ada membantu hospital kanak-kanak di UK dengan mencadangkan protokol baru diperkenalkan di hospital. Iaitu konsep seperti “Lollipop man”di litar F1 diperkenalkan di Unit ICU.

Pembaharuan protokol ini membawa kepada penurunan error daripada 30% ke 10%.

2. Perindustrian

Pada tahun 2011, Syarikat farmasutikel GSK telah mendapat khidmat pasukan McLarem dalam meningkatkan proses pembuatan dua jenama ubat gigi yang mereka hasilkan: Sensodyne and AquaFresh. Melalui saranan mereka, GSK berjaya meningkatkan pengualaran ubat gigi sebanyak 6.7 juta tiub setahun.

3. Peti Sejuk Mesra Alam

Satu rantaian pasaraya British telah memasang 400,000 Aerofoils di peti sejuk mereka sejak daripada tahun 2017. Hal ini mampu menjimatkan tenaga elektrik sehingga 15% dan 9,000 ton karbon setahun.

Usahasama sama ini mampu dilaksanakan dengan bantuan syarikat “Aerofoil Energy” dan “Williams Advanced Engineering”, syarikat kejuruteraan dan teknologi yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan F1 Williams.

4. Data & Smartphone

Tak dinafikan, F1 ialah hub pelbagai data. Terutamanya sewaktu perlumbaan penting. Sebuah kereta F1 berupaya menghasilan 500 “gigabytes” telementeri pada hujung minggu perlumbaan, manakala pasukan kenderaan mampu mencapai 10 “terabytes” dalam suatu jangka masa.

Bagi memastikan kelancaran data yang besar ini, Qualcomm membangunkan suatu teknologi yang dikenali sebagai “wireless uplink technology” yang digunakan untuk menghantar data perlumbaan kepada pasukan. Yang mana teknologi ini mula mendapat tempat dalam pembuatan telefon pintar.

5. Pengangkutan awam

“McLaren Applied Technologies” menggunakan teknologi F1 dalam membangunkan insfrastruktur 5G bagi jalan, jalan kereta api dan jalan bawah tanah. Manala penggunaan sensor dan data yang diperkenalkan dalam F1, kini mula di digunakan di negara jiran kita Singapura. Yang mana dikenali sebagai sistem “Singapore Mass Rapid Transit”.

Bahkan bidang penerbangan juga mula memanfaatkan data daripada Pasukan F1 McLaren. Di mana “air traffic controllers” berupaya menjangkakan perlepasan dan ketibaan di airport. Dengan menjalankan beribu-ribu simulasi. Hal ini membawa kepada penjimatan masa, tenaga dan mengelakkan berlakunya kesesakan.

Menarik bukan, tanpa kita sedar perlumbaan kereta yang hanya diminati oleh sebahagian daripada kita. Mampu membawa inovasi daripada sudut teknologi dan amalan terbaik, dalam menjadikan dunia kita kini lebik baik daripada sebelumnya.

Masih keliru bangunkan website sendiri?

Artikel Lain

Apa itu website navigation?

Bila sembang dengan staf mengenai website navigation, mereka akan sebut pasal menu. Ya, menu yang biasa ada di atas sekali