Apa yang pelanggan anda search di Google?

Setiap kali ada orang bertanya kepada saya mengenai SEO, saya akan tanya semula, “Apa yang pelanggan tuan cari di Google?”

Bila lihat muka mereka termenung panjang, saya sambung, “Keyword apa yang tuan rasa mereka cari dan kena dengan produk/servis yang tuan jual?”

Dan biasanya soalan ini tidak diberi perhatian pun oleh mereka yang mahu buat SEO.

Ada jawapan begini saya terima, “Saya nak mereka yang search ‘Kerjaya Coway‘ akan jumpa website saya.”

Anda gantikan sahaja keyword yang saya underline itu dengan keyword anda rasa pelanggan cari.

Sekarang tulis keyword anda pilih itu atas sekeping kertas. Kita anggap sahaja itu keyword utama.

Bayangkan situasi ini

Ini saya buat-buat satu kisah sebagai analogi sahaja.

Alizan merupakan pemilik bisnes training yang fokus kepada niche penulisan buku sahaja.

Training ada banyak bidang. Ada training team building, ada kursus motivasi, ada kursus ejen hartanah, ada kursus kewangan, dll.

Dan training penulisan pun boleh dipecahkan pelbagai lagi. Boleh jadi penulisan rencana, penulisan surat rasmi, penulisan iklan jualan, penulisan laman web, dll.

Tetapi Alizan hanya menguruskan training berkaitan penulisan buku sahaja.

Sangat spesifik.

Soalannya, sekiranya ada orang search di Google dengan keyword ‘Kursus penulisan tesis‘, adakah ia relevan dengan website Alizan?

Memilih keyword yang relevan sangat penting. Jika tidak kita penat buat SEO untuk keyword yang salah.

Akhir mereka yang masuk website kita rugi sebab tak jumpa maklumat yang tepat untuk diri mereka, dan kita pun rugi mengusahakan keyword salah.

Cara orang membuat carian di Google berubah

Sekarang cara ramai orang membuat carian di Google sudah berubah.

Memahami psikologi bagaimana mereka meng-Google adalah penting supaya kita dapat target keyword yang spesifik dan akhirnya membawa jualan di website kita.

Apabila kita memahami cara mereka membuat carian, kita dapat membantu mereka dengan maklumat yang tepat dan akhirnya membawa mereka mengenali brand kita.

Inilah funnel yang mudah:

Pelanggan lakukan carian berbentuk review >> Jumpa artikel review >> Dalam artikel ada link ke page yang trusted seller (kitalah tu!) >> Mereka masuk ke page jualan dan beli

Sekarang kita sudah tidak cari keyword ringkas, carian kita sudah jadi satu ayat panjang. Contohnya:

  1. Penapis air Coway vs Cuckoo
  2. Medical card company mana yang terbaik
  3. Bagaimana cara mendidik anak tak pakai pampers lagi

Tadi anda sudah ada keyword utama.

Sekarang pecahkan keyword utama itu kepada keyword kecil seperti contoh atas ini.

  1. Tajuk artikel berbentuk review ‘vs’
  2. Tajuk artikel perbandingan dengan perkataan ‘terbaik’, ‘paling bagus’, dan ‘paling murah’
  3. Tajuk artikel ‘How To’ atau ‘Bagaimana’
  4. Tajuk artikel ‘What’ atau ‘Apa’

Contohnya:

  1. Apa itu Hibah Takaful?
  2. Bagaimana memilih medical card terbaik?
  3. Jenama vacuum terbaik di Malaysia

Senang kan?

Senaraikan semua tajuk artikel yang anda terfikir.

Nak buat apa?

Tulis setiap satu tajuk menjadi satu artikel.

Kongsikan artikel ini dengan rakan lain

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Artikel Lain Yang mungkin menarik minat anda

FB Ads Vs Google Ads

“Tuan, saya kena buat iklan di Facebook Ads atau Google Ads?” Memandangkan ramai yang tanya soalan begini, terpaksa saya tulis satu artikel untuk soalan yang